Friday, August 10, 2012

INFLASI LPORAN EKONOMI MALAYSIA 2001


Harga dan Guna Tenaga
 v  Harga pengguna (inflasi)
Inflasi harga pengguna atau inflasi utama kekal rendah pada tahun 2001. Indeks harga pengguna (IHP) menyerdehana kepada 1.4% pada tahun 2001 (1.6% pada tahun 2002). Inflasi teras atau inflasi asas yang dikira pada oleh BNM juga menunjukkan arah aliran yang sama iaitu menyederhana kepada 1% (1.5% pada tahun 2002). Sementara perbelanjaan pengguna terus bertahan, adanya lebihan kapasiti di dalam beberapa sektor ekonomi telah menyebabkan penurunan tekanan terhadap harga. Tambahan lagi, kenaikan ringgit yang sederhana berbanding mata wang dolar AS pada tahun ini,  serta inflasi di negara lain yang lebih rendah, turut menyumbang kepada kadar inflasi yang lebih rendah pada tahun 2001.
      Penyederhanaan kadar inflasi pada tahun ini sebahagiannya mencerminkan kenaikan harga makanan yang lebih rendah. Makanan yang mencakup lebih sepertiga daripada bakul IHP, meningkat pada kadar yang lebih rendah iaitu sebanyak 0.7% pada tahun 2001(1.9% pada tahun 2002). Walaupun  kekal sederhana, penawaran dan pengeluaran makanan meningkat di sepanjang tahun ini berikutan keadaan cuaca yang baik dan langkah-langkah kerajaan untuk meningkatkan pengeluaran makanan tempatan. Harga import makanan juga lebih rendah berikutan kenaikan nilai ringgit yang sederhana.
      Walaupun terdapat lebihan kapasiti, harga untuk minuman dan tembakau, pengangkutan dan perhubungan, dan perbelanjaan rawatan perubatan dan kesihatan mencatatkan kadar kenaikan yang lebih tinggi. Sebahagian besar kenaikan ini mencerminkan kesan pelarasan harga daripada;
   *      Tambang bas lebih tinggi (10-30%) yang telah diperkenalkan pada Julai-Oktober 2000 .
   *      Harga yang lebih tinggi bagi beberapa barangan petroleum (7.6-9.4%) mulai bulan Oktober 2000.
   *      Kenaikan cukai jualan bagi minuman alkohol(5%), dan barangan rokok dan tembakau (10%) yang diumumkan dalam Belanjawan 2001, berkuatkuasa mulai bulan November 2000.
  *      Harga yang lebih tinggi bagi beberapa barangan farmasi (10-20%), berkuatkuasa mulai bulan Mac 2001.
   *      Tambang kapal terbang domestik yang lebih tinggi (51.8%) mulai bulan Ogos 2001.
  *      Pelarasan harga petrol iaitu (8.3%) dan kenaikan duti import dan eksais ke atas barangan rokok dan tembakau (20%), yang berkuatkuasa pertengahan bulan Oktober 2001, susulan daripada pembentangan Belanjawan 2002
Barangan dan perkhidmatan ini mencakup sebanyak 9% daripada jumlah keseluruhan raga IHP dan harga yang lebih tinggi bagi barangan dan perkhidmatan ini menyumbang sebanyak 0.64% kepada jumlah inflasi IHP pada tahun 2001. Sementara itu, kenaikan harga bagi sub kumpulan lain kekal stabil secara relatifnya, kecuali pakaian  dan kasut, yang harganya terus menyusut pada tahun ini. 
Kelulusan terhadap pelarasan harga yang lebih tinggi bagi tambang bas, tambang kapal domestik, barangan farmasi dan barangan petroleum adalah bertujuan untuk mencerminkan keadaan asas pasaran seperti harga import, kos pengeluaran dan harga komoditi yang lebih tinggi. Secara khususnya, harga minyak mentah secara mendadak sejak awal tahun 1999. Bagi mencapai ekonomi yang efisien dan berdaya saing pada jangka masa panjang, adalah perlu bagi harga runcit barangan petroleum diselaraskan apabila terdapat perubahan di dalam keadaan asas pasaran. Pelarasan bagi harga runcit barangan petroleum terdapat lebihan stok dan kapasiti, sedikit sebanyak meminimumkan kesan seterusnya ke atas barangan pengguna yang lain, khususnya pada barangan makanan.

 v  Perkembangan Pasaran Pekerja
Pada tahun 2001, kesan kelembapan dalam aktiviti ekonomi telah memberi kesan kepada pasaran pekerja, terutamanya dari segi pemberhentian pekerja di sektor perkilangan. Walau bagaimanapun, berikutan keadaan pasaran pekerja yang fleksibil, langkah-langkah alternatif yang diambil oleh pihak majikan seperti mengurangkan gaji pekerja da memberhentian pekarja secara sementara telah dapat membantu membendung bilangan yang telah diberhentikan.
Pada tahun 2001, kadar pertumbuhan yang lebih lembab telah menyebabkan jumlah guna tenaga dan jumlah tenaga pekerja meningkat pada kadar lebih sederhana, masing-masing sebanyak 2.6% kepada 9.5 juta pekerja dan 3.2% kepada 99 juta orang. Dalam keadaan inflasi yang rendah dan kapasiti yang berlebihan, keadaan pasaran pekerja yang lembab dalam menyumbang kepada peningkatan upah yang lebih sederhana pada tahun 2001.
Selaras dengan keadaan pasaran pekerja yang lebih lembab, kadar pengangguran meningkat pada 3.1 % pada tahun 2000 kepada 3.7% pada tahun 2001, dengan bilangan penggangur meningkat sebanyak 63, 500 kepada 364, 800 orang. Walaubagaimanapun, kadar pengganguran kekal di bawah paras 4% iaitu tahap yang dianggap sebagai guna tenaga penuh



0 comments: