Harga dan Guna Tenaga
v Harga pengguna (inflasi)
Kadar
inflasi kekal rendah pada tahun 2002. Inflasi utama, sepeti yang diukur oleh
perubahan tahunan di dalam indeks harga
pengguna (IHP), meningkat sedikit ke tahap 1.8% pada tahun 2002 (2001:1.4%).
Walaubagaimanapun, inflasi teras, yang mengukur tekanan harga yang berkaitan
dengan permintaan, menyederhana daripada 1% pada tahun 2001 kepada 0.4% pada
tahun 2002. Walaupun permintaan domestik terus berkembang dengan lebih kukuh
lebihan kapasiti di beberapa sector dalam ekonomi domestik dan harga import
yang rendah mengurangkan kesan tekanan harga pada tahun ini.
Peningkatan
yang kecil dalam inflasi utama mencerminkan perlarasan harga terutamanya bagi
sub kumpulan pengangkutan dan perhubungan. Perlarasan harga ini mencakup 10.9%
daripada jumlah keseluruhan raga IHP dan menyumbang 1.4 mata peratusan pada
inflasi utama pada tahun 2002. Ia juga tidak termasuk duti import yang lebih
tinggi untuk rokok dan tembakau, perlarasan harga bagi sektor pengangkutan dan
perhubungan, dan produk yang berkaitan dengan petroleum mencerminkan
kecenderungan kearah mekanisme penetapan harga yang berasaskan pasaran.
Secara
keseluruhanya, perubahan tersebut adalah:
kenaikan bayaran tol sebanyak 10% berkuat
kuasa mulai 1 Januari 2002
bayaran perkhidmatan telefon yang lebih
tinngi berikutan struktur tarikh telefon yang baru berkuat kuasa mulai 1 Mac
2002.
Kenaikan harga runcit minyak petrol sebanyak
10 sen mulai penghujung bulan Oktober 2001, dan kenaikan selanjutnya sebanyak 2
sen mulai 1 Mei 2002 dan 1 sen mulai 1 November 2002.
Kenaikan harga diesel dan LPG sebanyak 2 sen mulai 1 Mei 2002, dan disusuli
kenaikan sebanyak 2 sen mulai 1 November 2002
Barangan
|
wajaran
|
% kenaikan
|
sumbangan
|
Rokok dan tembakau
|
1.72
|
7.3
|
0.13
|
Bayaran tol
|
0.24
|
10.0
|
0.02
|
Minyak petrol
|
4.86
|
7.6
|
0.42
|
Minyak diesel
|
0.10
|
2.1
|
0.00
|
LPG
|
0.49
|
0.4
|
0.00
|
Perkhidmatan telefon
|
3.47
|
23.5
|
0.8
|
10.88
|
12.6
|
1.37
|
Pelarasan
dalam harga import ini semasa lebihan kapasaiti dalam beberapa sektor telah
mengurangkan kesan selanjutnya keatas barangan dan perkhidmatan yang lain dan
justeru itu mengawal kesan kenaikan harga keatas barang pengguna yang lain.
Pelarasan yang lebih tinggi dalam harga runcit minyak petrol dan barangan yang
berkaitan, serta bayaran perkhidmatan telefon yang mencerminkan perubahan
keatas pasaran yang menunjukkan kenaikan kos pengeluaran dan harga minyak
mentah yang lebih tinggi. Kesan positif daripada kenaikan bayaran perkhidmatan
telefon domestik ialah peningkatan dalam kualiti perkhidmatan telefon dan
pencapaian perkhidmatan internet di kawasan luar Bandar.
Analisa
keatas perubahan harga barangan dan perkhidmatan menunjukkan kadar inflasi
utama, mencerminkan terutamanya kenaikan yang lebih tinggi bagi perkhidmatan
(2.9%), kursusnya perkhidmatan pengangkutan dan perhubungan. Harga sektor
barangan meningkat pada kadar yang lebih perlahan iaitu sebanyak 0.5%. harga
barang tidak tahan lama menyederhana disebabkan oleh pertumbuhan yang lebih
perlahan bagi harga makanan di rumah kepada 0.2% pada tahun 2002 (0.4%). Pada
tahun 2001 berikutan keadaan cuaca yang baik. Harga bagi barang tahan lama dan
separa tahan lama adalah lebih rendah pada tahun ini disebabkan oleh penurunan
harga bagi pakaian dan kasut, perabut, hiasan dalaman dan peralatan dan
pegendalian rumah.
v Perkembangan Pasaran Pekerja
Keadaan
pasaran pekerja kekal mengalakkan pada tahun 2002 untuk menyokong pemulihan
dalam aktiviti ekonomi. Angaran terkini menunjukkan bahawa jumlah tenaga
pekerja dan jumlah guna tenaga berkembang dengan kadar yang sederhana,
masing-masing sebanyak 3.1% kepada 10.2 juta orang dan 3.2% daripada 9.8 juta
pekerja. Hasilnya kadar penganguran
berkurang daripada 3.6% kepada 3.5% iaitu hampir kepada tahap guna tenaga
penuh. Keadaan pasaran pekerja yang lebih baik pada tahun 2002 mencerminkan
oleh pengurangan yang ketara dalam bilangan pemberhentian pekerja serta
permintaan pekerja juga lebih tinggi. Langkah-langkah telah diambil pada tahun
2002 untuk meningkatkan kualiti pekerja untuk menangani masalah
ketidaksepadanan kemahiran dengan permintaan untuk pekerja.
0 comments:
Post a Comment