Friday, August 10, 2012

INFLASI LAPORAN EKONOMI MALAYSIA 2003




Harga Dan Guna Tenaga
 v  Harga pengguna (inflasi)
Kadar inflasi kekal rendah dan stabil pada tahun 2003. Kadar inflasi keseluruhan,seperti yang diukur oleh perubatan tahunan dalam indeks Harga Pengguna (IHP), meyederhanakan pada tahap 1.2% berbanding 1.8% pada tahun lepas. Inflasi teras, iaitu kadar inflasi yang menyisihkan harga barang-barang kawalan dan barangan yang harganya tidak menentu,serta harga barangan yang tertakluk kepada pelarasan kekal stabil pada tahap 0.6% pada tahun 2003 (0.5% pada tahun 2002). Gabungan beberapa faktor telah meyumbang  kepada kadar inflasi yang rendah. Walaupun permintaan dalam negeri mengukuh kapasiti berlebihan dalam sektor tertentu dan kurangnya tekanan kos upah, di samping produktiviti guna tenaga yang meningkat, membantu mengawal tekanan harga. Pelarasan harga yang kecil bagi harga runcit minyak petrol, diesel dan gas memasak serta kadar sewa telefon pada bulan Mac 2003, menyumbang sebanyak 0.4 mata peratusan kepada kadar inflasi pada tahun tersebut.
            Perubahan harga bagi perhubungan dan pengangkutan menyerdehanakan dengan ketara pada tahuin 2003, disebabkan sebahagiannya oleh asas yang lebih tinggi pada tahun 2002 walaupun harga  petroleum dan barangan berkaitan mencatatkan kenaikan. Harga pakaian dan kasut, perabot, hiasan dalaman dan pengedalian rumah terus menyusut pada tahun tersebut berikutan kapasiti berlebihan dan peningkatan persaingan barang import.
            Permintaan yang semakin mengukuh dicerminkan terutamanya oleh harga yang lebih tinggi bagi makanan, sewa, bahan api dan kuasa. Secara amnya, kenaikan  harga makanan mencerminkan harga komoditi yang lebih tinggi bagi barangan import tertentu. Sementara itu, kadar sewa mencatatkan kenaikan yang sederhana. Kadar sewa bagi rumah bernilai rendah meningkat kepada 1%, sementara kenaikan bagi rumah bernilai tinggi adalah sebanyak 0.8%

 v  Perkembangan Pasaran Pekerja
Keadaan pasaran pekerja dalam negeri kekal stabil dan positif. Pada tahun 2003, pertumbuhan  keseluruhan jumlah guna tenaga dan tenaga pekerja berkembang secara sederhana pada kadar yang sama masing-masing sebanyak 3.3% kepada 10.2 juta pekarja dan 10.5 juta orang. Kadar pengangguran kekal rendah pada paras 3.5%. langkah-langkah tambahan telah diambil pada tahun 2003 bertujuan untuk meningkatkan kualiti pekerja, mengurangkan ketidakpadanan kemahiran dan menangani permintaan yang berubah dalam ekonomi.

Penunjuk Pasaran Pekerja

1999
2000
2001
2002
2003a
Tenaga pekerja (‘000)
9,177.8
9,572.5
9,892.1
10,198.8
10,535.3
(perubahan tahunan dalam %)
3.7
4.3
3.3
3.1
3.3
Guna tenaga
8,869.6
9,271.2
9,532.5
9,840.0
10,166.2
(perubahan tahunan dalam %)
3.5
4.5
2.8
3.2
3.3
Kadar pengangguran (%)
3.4
3.1
3.6
3.5
3.5
Produktiviti pekerja (KDNK/guna tenaga)
(perubahan tahunan dalam %)
2.6
3.9
-2.4
0.9
2.0
Upah benar bagi seorang pekerja dalam sektor perkilangan
(perubahan tahunan dalam %)
3.1
5.0
1.6
3.2
2.6





.

0 comments: