Mengumpat
ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada
orang lain.
Rasullah
S.A. W. menjelaskan mengenai mengumpat seperti sabdanya bermaksud
"Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan
sesuatu perkara yang dibencinya"(Hadis Riwayat Muslim)
Mengumpat
berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut
atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui
oleh orang yang mendengarnya. Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat,
ianya disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak
sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.
Dosa
mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh
Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Dosa mengumpat hanya layak
diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak
mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.
Sabda
Rasulullah S.A.W. bermaksud: "Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat
itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia
bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan
umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang
diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)
Disebabkan
mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu
perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua.
Mengumpat
dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan
perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan
mendedahkan keburukan pada dirinya. Sabda Rasulullah S.A.W. "Wahai orang
yang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah
kamu mengumpat kaum muslim, dan janganlah kamu mengintip-intip keaibannya.
Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan
mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam
rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud)
Orang
yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod
amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.
Sabda
Rasulullah S.A.W. bermaksud : "Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api
memakan ranting kayu kering". Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan
musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak
tinggal apa-apa lagi.
Diriwayatkan
oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat
cacatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia
berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang
banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukan". Maka Allah menjawab :
"Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau
ketahui".
Sebaliknya,
jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang
yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang
mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti. Memandangkan betapa
buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada
melakukannya.
Oleh
itu perbanyakkanlah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat.
0 comments:
Post a Comment