PENGENALAN
DEFINISI UNDANG-UNDANG
Secara amnya
tiada satu definisi khusus yang diterima umum berkenaan dengan definisi
undang-undang. Walau bagaimanapun, perkataan undang-ndang didefinisikan oleh
Webster’s Dictionary sebagai semua peraturan yang berkaitan dengan tingkah laku
yang dibentuk dengan autoriti atau adat sesuatu kaum. Menurut Yaqin (1996),
kesemua pihak bersetuju jika dikatakan bahawa undang-undang adalah satu set
peraturan yang mentadbir tingkah laku dalam masyarakat
Namun begitu,
terdapat pelbagai definisi undang-undang oleh ahli falsafah terkenal.
Contohnya, Austin mendefinisikan undang –undang sebagai “perintah yang
dikeluarkan oleh satu badan yang berkuasa untuk orang-ornag biasa dan dikuatkuasakan
melalui hukuman”. Salmond pula menyatakan “satu badan yang mengandungi
prinsip-prinsip yang diperakui dan digunakan oleh sesebuah negara dalam
pentadbiran keadilannya atau dengan kata lain undang-undang adalah peraturan
yang diperakui dan dikuatkuasakan oleh mahkamah”. Manakala Hobbes pula
berpendapat “undang-undang adalah kaedah perlakuan (roles of conduct) yang obligatori
iaitu yang patut dipatuhi yang bersifat mendesak atau memaksa. Kamus Black
menyebut “undang-undang adalah yang diperturunkan, diperintah atau dinyatakan.
Satu peraturan atau metode yang mana fenomena atau perbuatannya saling
bergandingan antara satu sama lain yang perlu dipatuhi atau diikuti oleh rakyat
tertakluk kepada hukuman atau kesan-kesanya.
Berdasarkan
kenyataan di atas, undang-undang bukan sesuatu yang mudah untuk ditakrifkan.
Apa yang pasti setiap hari dalam kehidupan kita, kita pasti bertembung dengan
undang-undang. Namun begitu undang-undang bukanlah hanya sesuatu senarai atau peraturan
yang perlu dipatuhi. Ia juga dilihat sebagai alat pengawalan sosial dan boleh
dimanipulasikan untuk kepentingan kumpulan tertentu.
SEJARAH KEHAKIMAN NEGARA
Kehakiman
Malaysia merupakan satu diantara badan kerajaan iaitu Perundangan, Eksekutif
dan Kehakiman yang wujud secara berasingan. Fungsi utama badan kehakiman adalah
untuk memastikan perlembagaan persekutuan dipatuhi dan menegakkan keadilan
mengikut peruntukan undang-undang. Selain daripada berperanan bagi membicarakan
segala masalah perundangan yang timbul di antara individu dan individu juga
individu dan negara. Mahkamah-mahkamah juga berperanan untuk mentafsir
undang-undang. Tugas khas yang di pertanggungjawabkan ke atas kehakiman negara
ini dijalankan demi menegakkan perlembagaan persekutuan.
Sistem
Kehakiman Moden Malaysia bermula apabila Royal Charter Of Justice 1807
dikeluarkan, ia memberi kebenaran bagi perlaksanaan sebuah mahkamah di Pulau Pinang.
Pada 1808 sebuah mahkamah ditubuhkan, Kota Cornwallis sebelum berpindah ke
bangunan tetap Mahkamah Agong setahun kemudian. Pada 1825, Pulau Pinang,
Singapura dan Melaka digabungkan menjadi Negeri-Negeri Selat dan dibawah
pemerintahan British. Bidang kuasa Mahkamah Agong Pulau Pinang, diperluaskan ke
Singapura dan Melaka. Setibanya 1850-an, Singapura berjaya mengantikan Pulau
Pinang sebagai Pusat Perdagangan Utama di Negeri-Negeri Selat. Dengan itu,
Ketua Hakim juga telah berpindah ke Singapura dari Pulau Pinang.
Campur tangan
British di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Melayu Tidak
Bersekutu juga Borneo pada akhir kurun ke-19 dan awal kurun ke-20 menyebabkan
sistem kehakiman yang dijayakan di negeri-negeri tersebut. Sistem Kehakiman di
rantau ini ketika itu, dijalankan dan dikuasai sepenuhnya oleh orang
berketurunan Inggeris. Namun begitu, pada tahun 1939, Raja Musa Raja Bot
menjadi Anak Watan Pertama yang diberi jawatan tinggi di dalam Sistem Kehakiman
Negara. Walaupun ketika itu cuma dilantik sebagai penyandang sementara hakim di
Mahkamah Agong Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Mahkamah-mahkamah di Malaya
tetap menjalankan tugas ketika Malaya teruk diserang oleh tentera-tentera
Jepun. Namun, mahkamah-mahkamah ini berhenti berfungsi apabila Jepun berjaya
menguasai keseluruhan negara ini.
Perlembagaan
Persekutuan Malaysia 1963, telah memansuhkan mahkamah-mahkamah Agong yang sedia
ada ketika itu. Ia digantikan dengan sebuah Mahkamah Persekutuan yang
mengabungkan mahkamah-mahkamah pelbagai negeri yang wujud di bawah satu
bumbung. Badan Kehakiman Negara ketika itu diketuai oleh seorang Ketua Hakim
Negara yang digelar Lord President (Y.A.A. Tun Sir James Beveridge Thomson
1963-1966). Menurut Peruntukan Perlembagaan Persekutuan, Ketua Hakim Negara
hendaklah dilantik oleh Yg. Dipertuan Agong yang bertindak atas nasihat Perdana
Menteri setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja. Pada 1994, gelaran
penyandang jawatan ini, ditukarkan kepada Chief Justice. Terdapat 3 buah
Mahkamah Persekutuan pada suatu ketika dahulu iaitu Mahkamah Tinggi Malaya,
Mahkamah Tinggi Singapura dan Mahkamah Tinggi Borneo. Namun pada tahun 1965,
Singapura telah keluar dari Persekutuan Malaysia sekali gus
mahkamah-mahkamahnya menamatkan talian sistem kehakiman serantau yang wujud
sekian lama.
Pada suatu
ketika dahulu, mahkamah tertinggi Malaysia adalah Majlis Privy, walaupun
selepas kemerdekaan malaya dan seterusnya pembentukan Malaysia pada tahun 1963.
Persetujuan yang wujud di antara Ratu England (Ratu Elizabeth II) dan Yg. Dipertuan
Agong (Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong I Al-Marhum Tunku Abdul Rahman
Ibni Al-Marhum Tunku Muhammad). Pasa masa itu juga, penguatkuasaan Artikal 131
Perlembagaan Persekutuan Malaysia membenarkan rayuan bagi keputusan Mahkamah
Persekutuan dirujuk kepada Majlis Privy di London. Dengan memansuhkan
perjanjian ini pada tahun 1985, berakhirlah sistem kehakiman yang bergantung
terhadap Sistem Kehakiman Britain.
JENIS-JENIS UNDANG-UNDANG YANG DIPRAKTIKAN DI MALAYSIA
Undang-undang
yang dipraktikkan di Malaysia terbahagi kepada dua jenis..antaranya adalah
sumber bertulis dan sumber tidak bertulis.
SUMBER BERTULIS
Sumber bertulis
merupakan sumber utama undang-undang Malaysia. Ia merujuk kepada undang-undang
yang telah digubal oleh badan perundangan. Undang-undang ini dikenali sebagai
undang-undang bertulis kerana ia bertulis, spesifik, dan distatutorikan melalui
Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.
Antara sumber bertulis yang
terdapat di Malaysia adalah:
v Perlembangaan
persekutuan
i.
Perlembangan
Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi dan apa-apa undang-undang yang
dibuat serta bertentangan adalah terbatal dan tidak sah sama sekali.
ii.
Sekiranya
terdapat percanggahan dalam peruntukan undang-undang lain dengan peruntukkan
yang terdapat dalam Perlembangan Persekutuan, peruntukan yang terdapat dalam
Perlembangan Persekutuan, peruntukan undang-undang lain dianggap batal dan
tidak boleh dikuatkuasakan.
v Perlembagaan
Negeri
Setiap
negeri di Malaysia mempunyai Perlembangaan Negeri masing-masing yang
ditadbirkan oleh Dewan Undangan Negeri. Terdapat 13 Perlembangaan Negeri yang
diperuntukkan menurut apa yang dinyatakan dalam Jadual Kelapan Perlembangaan
Persekutuan.
Antara peruntukan tetap
yang mesti dimasukkan dalam Perlembagaan Negeri ialah peruntukan berkenaan:
i. Kewangan:
Raja
hendaklah bertindak atas nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan dalam menjalankan
tugasnya.
iii.
Raja
boleh bertindak menurut budi bicaranya pada beberapa perkara seperti melantik
Menteri Besar.
v Undang-undang
Persekutuan
Undang-undang
Persekutuan adalah undang-undang yang dibuat dan diluluskan di Parlimen.
Undang-undang yang telah digubal selepas Merdeka dipanggil Akta dan sebelum Merdeka
dikenali sebagai Ordinan. Undang-undang persekutuan diterapkan di seluruh
Malaysia.
v Undang-undang
Negeri
Undang-undang
yang dibuat dan diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri. Undang-undang yang telah
digubal dipanggil Enakmen.
v Undang-undang
Subsidiari
Undang-undang
ini dibuat dan diluluskan oleh pihak-pihak dan badan-badan tertentu seperti
Menteri-Menteri dan pihak berkuasa tempatan dibawah kuasa yang diberikan
padanya oleh Akta Parlimen dan Enakmen. Undang-undang ini wujud di peringkat
persekutuan dan negeri. Adakalanya dikenali sebagai Perundangan Kecil atau
Perundangan Perwakilan.
SUMBER TIDAK BERTULIS
Sumber tidak bertulis
terbahagi kepada tiga, antaranya adalah:
v Prinsip
Undang-undang Inggeri
Penerimaan
undang-undang Inggeris di Malaysia berkuatkuasa dengan adanya Seksyen 3 dan Seksyen
5 Akta Undang-undang Sivil 1956. Prinsip undang-undang inggeris merujuk kepada
‘common law’ dan ekuiti seperti yang ditadbir di England pada:
i. 7
April 1956 bagi Malaysia Barat
ii. 1
Disember 1951 bagi Sabah
iii. 12
Disember 1949 bagi Sarawak
Pemakaian undang-undang
Inggeris di Malaysia adalah tertakluk kepada 2 perkara iaitu ketiadaan status
tempatan dan bersesuaian untuk kegunaan tempatan.
v Keputusan
Mahkamah
Keputusan
mahkamah yang diterima sebagai undang-undang di Malaysia mestilah keputusan
yang dibuat oleh hakim mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah
Tinggi. Keputusan-keputusan mahkamah ini biasanya akan dibukukan dalam bentuk
Jurnal dan menjadi sumber rujukan kepada hakim, pengamal undang-undang dan
orang awam.
Para hakim
dalam menentukan suatu keputusan akan merujuk kepada prinsip undang-undang
terdahulu. Prinsip ini dikenali sebagai Doktrin Duluan Mengikat atau Doktrin
Stare Decisis atau Doktrin Kehakiman Mengikat. Sekiranya tidak terdapat
peruntukkan undang-undang bertulis mengenai sesuatu perkara, mahkamah hendaklah
memakai keputusan mahkamah yang lebih tinggi kedudukannya.
v Undang-undang
Adat
Adat resam
penduduk tempatan yang telah diterima sebagai undang-undang oleh statut dan
keputusan kehakiman.
KEPENTINGAN UNDANG-UNDANG DILAKSANAKAN
Undang-undang
adalah satu cara mengawal masyarakat iaitu ia digunakan sebagai alat untuk
mengawal tindakan ahli-ahlinya. Kawalan yang dijalankan dilaksanakan dengan
cara-cara yang jelas. Undang-undang jenayah bertindak sebagai mengawal tindakan
anti sosial. Jika berlaku sesuatu perkara yang melanggar undang-undang jenayah,
orang itu akan dihukum.
Apabila kita
menyebut undang-undang, melanggarinya akan menjadi satu kesalahan besar yang bersamanya
hukuman dijatuhkan kepada si pesalah. Perlakuan masyarakat dalam sesebuah
negara itu dikawal undang-undang negara yang ditegakkan mengikut undang-undang
perlembagaan negara. Undang-undang inilah yang mengawal setiap perlakuan
masyarakat, institusi dan sebagainya agar keamanan, hak dan tanggungjawab dapat
ditegakkan.
Dalam konteks
antarabangsa, perhubungan di antara negara dikawal oleh satu undang-undang
antarabangsa. Undang-undang itu memiliki matlamat sama dengan undang-undang
dalam sesebuah negara itu untuk menjamin agar keadilan dapat ditegakkan. Inilah
hakikat yang diterima pakai dalam kehidupan manusia bertamadun. Dalam konteks
diri manusia, ada peraturan dalaman yang dinamakan etika yang sifatnya mengawal
pemikiran dan tingkah laku manusia.
SISTEM HIERARKI MAHKAMAH DI MALAYSIA MAHKAMAH TERTINGGI
v MAHKAMAH
PERSEKUTUAN
Mengikut Perkara 121(2) Perlembagaan
Persekutuan, Mahkamah Persekutuan mempunyai bidang kuasa :–
- Untuk memutuskan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi atau seseorang hakimnya;
- Asal atau runding sebagaimana yang ditentukan mengikut Perkara 128 dan 130 ; dan
- Lain-lain seperti yang diberikan oleh atau di bawah undang-undang persekutuan.
Rayuan Jenayah Mahkamah
Persekutuan boleh, menurut seksyen 87 Akta Mahkamah Kehakiman 1964, mendengar
dan menentukan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes-kes jenayah
yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi di dalam bidangkuasa asalnya.
Rayuan Sivil
Seksyen 96 Akta
Mahkamah Kehakiman 1964 memperuntukkan bahawa rayuan terhadap keputusan
Mahkamah Rayuan boleh dibuat ke Mahkamah Persekutuan dengan kebenaran Mahkamah
Persekutuan. Kebenaran itu boleh diberi jika :–
Keputusan
Mahkamah Rayuan itu adalah mengenai apa-apa kuasa atau perkara sivil yang
diputuskan oleh Mahkamah Tinggi di dalam menjalankan bidangkuasa asalnya dan
ianya melibatkan persoalan prinsip umum yang diputuskan bagi kali pertama atau
sesuatu persoalan penting yang memerlukan penghujahan lanjut dan keputusan
Mahkamah Persekutuan di atasnya akan memberi manafaat awam
Keputusan
Mahkamah Rayuan itu adalah mengenai kesan mana-mana peruntukan Perlembagaan termasuklah
kesahihan mana-mana undang-undang bertulis berhubung peruntukan Perlembagaan
itu. (sesyen 96 (a) dan (b) Akta Mahkamah Kehakiman 1964).
Hanya Mahkamah Persekutuan
sahaja mempunyai bidangkuasa eksklusif untuk memutuskan :
Apa-apa
persoalan samada sesuatu undang-undang yang dibuat oleh Parlimen atau Dewan
Negeri itu adalah tidak sah atas alasan bahawa badan itu membuat peruntukan
berhubung sesuatu perkara yang mana Parlimen ataupun Dewan Negeri mengikut
mana-mana yang berkenaan tidak ada kuasa untuk membuat undang-undang.
Pertikaian
atas apa-apa persoalan lain antara Negeri dengan Negeri atau antara Persekutuan
dengan mana-mana Negeri. (Perkara 128(1) Perlembagaan Persekutuan). Rujukan
Perkara 128(2) Perlembagaan Persekutuan menyatakan – “Tanpa menjejaskan apa-apa
bidangkuasa rayuan Mahkamah Persekutuan, jika dalam mana-mana prosiding di
hadapan suatu mahkamah lain suatu soal berbangkit tentang kesan mana-mana
peruntukan Perlembagaan ini, Mahkamah Persekutuan mempunyai bidangkuasa
(tertakluk kepada mana-mana kaedah Pegawai dan kakitangan Pejabat Pendaftaran
Mahkamah Persekutuan mahkamah yang mengawalselia penjalanan bidang kuasa itu)
untuk memutuskan soal itu dan menghantar balik kes itu kepada mahkamah yang
satu lagi untuk dibereskan mengikut keputusan itu”.
v MAHKAMAH
RAYUAN
Mahkamah Rayuan
telah ditubuhkan pada tahun 1994. Penubuhannya bertujuan untuk mewujudkan
saluran tambahan bagi mendengar kes-kes rayuan daripada Mahkamah Tinggi dan
juga bertujuan untuk mengurangkan beban Mahkamah Persekutuan untuk mendengar
kes-kes rayuan yang dibawa di hadapannya.
Mengikut Perkara Perlembagaan
Persekutuan, Mahkamah Rayuan mempunyai bidang kuasa:–
- Bidang kuasa untuk memutuskan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi atau seseorang hakimnya (kecuali keputusan Mahkamah Tinggi yang diberikan oleh pendaftar atau pegawai lain Mahkamah itu dan yang boleh dirayukan kepada seorang hakim Mahkamah itu di bawah undang-undang persekutuan)
- Apa-apa bidang kuasa lain yang diberikan oleh atau di bawah undang-undang persekutuan. (Perkara 121(1B) Perlembagaan Persekutuan)
Mulai daripada
1 Oktober 2006 bilangan Hakim Mahkamah Rayuan telah bertambah kepada 22 orang
melalui perintah oleh Yang di-Pertuan Agong (Perkara 122A(1) Perlembagaan
Persekutuan) Pindaan P.U.(A) 385/2006.
v MAHKAMAH
TINGGI
Mahkamah Tinggi mempunyai
bidang kuasa :–
Penyeliaan dan
pengubahan keputusan semua Mahkamah Bawahan, serta juga bidang kuasa untuk
membicarakan semua rayuan daripada Mahkamah Bawahan, baik kes sivil mahupun kes
jenayah.
Mahkamah Tinggi
juga mempunyai bidang kuasa sivil yang tidak terhad, dan umumnya membicarakan
kes-kes yang tuntutannya melebihi RM1000, selain daripada kes-kes yang
melibatkan kemalangan kenderaan bermotor, penderitaan, dan pertikaian antara
tuan rumah dan penyewa. Mahkamah ini juga membicarakan kes-kes yang berkait
dengan:
- Kesahan atau pembubaran perkahwinan (perceraian) dan perkara-perkara suami isteri;
- Kemuflisan dan perkara-perkara berkait dengan penggulungan syarikat;
- Penjagaan kanak-kanak;
- Pemberian kenyataan sah wasiat, wasiat, dan surat kuasa mentadbir estet;
- Injunksi, pelaksanaan tertentu (specific performance), atau pembatalan kontrak;
- Kesalahan individu.
Kes-kes
dibicarakan oleh seorang hakim yang tunggal di dalam Mahkamah Tinggi, atau oleh
seorang pesuruhjaya kehakiman. Sedangkan hakim-hakim Mahkamah Tinggi diberikan
perlindungan jawatan, para pesuruhjaya kehakiman dilantik untuk penggal dua
tahun dan tidak menerima perlindungan yang sama di bawah Perlembagaan.
MAHKAMAH BAWAHAN / RENDAH
Di Malaysia terdapat
beberapa mahkamah bawahan iaitu :
v MAHKAMAH SESYEN
Mahkamah Sesyen mempunyai
bidang kuasa :–
- Membicarakan kes-kes kemalangan kenderaan bermotor, tuan rumah dan penyewa (landlord and tenant), distress; dan
- Bidangkuasa sivil bagi amaun yang tidak melebihi RM250,000-00.
- Bidangkuasa jenayah bagi membicarakan serta memutuskan kesalahan-kesalahan yang lain daripada kesalahan yang boleh dihukum dengan hukuman mati[2].
- Meminta rekod apa-apa prosiding yang dijalankan di hadapan Mahkamah Majistret dan Mahkamah Penghulu.
v MAHKAMAH MAJISTRET
Akta Mahkamah
Rendah 1948[4] juga menggariskan bidangkuasa yang diperuntukkan kepada Mahkamah
Majistret dalam menjalankan kuasanya. Mahkamah Majistret mempunyai bidang kuasa
:–
Bidangkuasa Majistret Kelas
Pertama
Antara tindakan guaman yang
boleh dibicarakan serta diputuskan oleh Majistret Kelas Pertama adalah:
- Segala tindakan guaman sivil yang amaun dalam pertikaiannya adalah tidak melebihi RM25,000-00.
- Membicarakan serta memutuskan hukuman bagi kesalahan-kesalahan jenayah yang penghukumannya adalah tidak melebihi lima tahun penjara atau denda sebanyak RM10,000-00 atau sebat sehingga 12 kali[5] atau gabungan mana-mana hukuman yang disebutkan tersebut atau kesalahan yang boleh dihukum dengan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda sahaja[6] atau kesalahan-kesalahan di bawah seksyen-seksyen 392 dan 457 Kanun Keseksaan[7].
Bidangkuasa Majistret Kelas
Kedua
Ianya termaktub dalam Akta[8]
yang sama antaranya :
- Guaman asal tuntutan sivil yang tidak melebihi RM3,000-00 samada beserta faedah atau sebaliknya[9],
- Kesalahan-kesalahan jenayah yang melibatkan penghukuman yang tempoh penjara maksimumnya tidak melebihi 12 bulan penjara atau denda sahaja[10].
- Tempoh penjara tidak melebihi 6 bulan atau denda tidak melebihi RM1,000-00 atau gabungan kedua-dua hukuman tersebut[11].
v MAHKAMAH PENGHULU (bagi Malaysia Barat sahaja)
Mahkamah Penghulu mempunyai
bidang kuasa :–
Seksyen 94
memperuntukkan bahawa bagi tindakan guaman sivil tuntutan yang dibenarkan adalah
tidak melebihi RM50-00 serta kesemua pihak yang terbabit adalah dari bangsa
Asia yang bertutur serta memahami Bahasa Melayu. Mahkamah ini juga boleh
menjatuhkan hukuman denda tidak melebihi RM25-00. Manakala bagi bidangkuasa
jenayah pula, ia hanya boleh mendengar serta membicarakan seterusnya
menjatuhkan hukuman terhadap kesalahan-kesalahan kecil sahaja yang mana
awardnya adalah termaktub dalam seksyen 96.
MAHKAMAH KHAS DI MALAYSIA
v
MAHKAMAH KHAS RAJA-RAJA
Mahkamah khas Raja-raja
mempunyai bidang kuasa :–
Membicarakan
segala kesalahan YDA atau Raja sesebuah negeri atau kes sivil oleh atau
terhadap YDA atau Raja negeri. Keputusan mahkamah ini muktamad dan tidak boleh
dicabar dalam mana–mana mahkamah. Sebarang dakwaan ke atas atau oleh YDA atau raja
mesti mendapat kebenaran peguam negara.
YDA atau Raja
perlu berhenti menjalankan tugas semasa perbicaraan kes jenayah sedang
berlangsung.
v MAHKAMAH SYARIAH
Mahkamah syariah mempunyai
bidang kuasa :–
Membicarakan
kes sivil dan jenayah bagi orang-orang Islam. Antara kes berbicaraan adalah kes
berkaitan pertunangan, matrimony (perkahwinan, perceraian, nafkah ) hak
penjagaan anak, wakaf dan waris harta pusaka.
v MAHKAMAH JUVANA
Mahkamah juvana mempunyai
bidang kuasa :–
Membicarakan pesalah
remaja yang berumur diantara 10 hingga 18 tahun dan juga melibatkan hukuman
yang ringan sahaja dan tiada hukuman
mati.
v MAHKAMAH TENTERA
Mahkamah
tentera terbahagi kepada 2 mahkamah, antaranya adalah mahkamah tinggi tentera
dan mahkamah rendah tentera. Mahkamah tinggi tentera membicarakan kes berkaitan
pegawai berpangkat staf sarjan dan keatas. Hakim bagi mahkamah ini adalah Leftenan
Kolonel dan 2 pegawai tinggi.
Mahkamah rendah
tentera pula membicarakan kes berkaitan dengan askar dibawah pangkat sarjan.
Hakim bagi mahkamah ini adalah mejar dan dua orang lain antaranya kapten atau
ketua hakim.
Mahkamah tentera mempunyai
bidang kuasa :–
Bidang kuasanya
dalah terhadap askar, askar simpanan atau orang awam yg bekerja dengan pihak
tentera. Antara kesnya adalah kes pecah amanah dan disiplin dalam angkatan
tentera. Hukuman yg dijatuhkan oleh Mahkamah tentera tertakluk kepada
pengesahan seorang pegawai atasan tentera. Jika melibatkan hukuman mati,
pengesahan hendaklah diperoleh daripada YDA. Hukuman boleh dirayu di mahkamah
tinggi dan boleh mendapat pengampunan daripada YDA dan lembaga pengampunan.
v MAHKAMAH BUMIPUTERA
Mahkamah bumiputera
mempunyai bidang kuasa :–
Mahkamah ini
hanya untuk bumiputera Sabah dan Sarawak sahaja dan antara bidang kuasanyan adalah
kes kesalahan melanggar adat perkahwinan, seks, harta pusaka ataupun tanah.
vMAHKAMAH PERUSAHAAN
Mahkamah perusahaan
mempunyai bidang kuasa :–
Membicarakan
kes berkaitan pembuangan pekerja, kes pertikaian perusahaan tentang syarat
perkhidmatan, kes pertikaian interpretasi, variasi dan ketidakpatuhan keputusan
atau perjanjian, memerintahkan mana-mana pihak majikan atau pekerja digabungkan
atau digantikan atau dibatalkan. Ia juga mengeluarkan saman terhadap mana-mana
pihak atau orang perseorangan untuk mengahadirkan diri ke mahkamah perusahaan.
RUJUKAN
- http://ms.wikipedia.org/wiki/Mahkamah_Malaysia#Mahkamah_Persekutuan
- http://www.kehakiman.gov.my/
- http://members.tripod.com/pemudapas_b.bendera/Guaman___Undang-Undang/Badan_Kehakiman/badan_kehakiman.html
- http://www.docstoc.com/docs/4075897/klasifikasi-undang-undang#
- http://cikgurazak.blogspot.com/2010/02/mahkamah-khas.htm
- http://norsurieanie.blogspot.com/p/bab-1.html
- Undang-undang Perniagaan BLW1013- Ms. Kholyn Ruran Jonathan
0 comments:
Post a Comment